PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menitipkan pesanan istimewa buat anak sulungnya, Ayden Adrean yang menyambut ulang tahun kelahiran ketujuh agar membesar menjadi insan kuat serta megnhormati wanita.
Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah,30, menganggap kehadiran Ayden dalam hidupnya sebagai penguat semangat setelah pelbagai ujian yang terpaksa dilalui sebelum ini.
“Buat anak lelaki mummy, Ayden Adrean sudah tujuh tahuun umur Ayden.
“Banyak yang sudah mummy lalui tetapi mengapa mummy masih ada kekuatan sehingga ke hari ini, semuanya kerana Ayden.
“Ini sedikit ucapan daripada mummy buat Ayden agar jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.
“Kuatkan imanmu anakku dan jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang di sekeliling dalam segala hal. Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak dan menjaga maruah,” katanya.

Bella berkongsi luahan tersebut menerusi entri di Instagram miliknya.
Dalam hantaran sama, Bella turut memuat naik memori perjalanan proses pembesaran Ayden dari kecil hingga berusia tujuh tahun.
“Hatiku penuh berkah setiap hari bersamamu. Engkau adalah sinar matahari pada waktu yang gelap.
“Menjadi orang pintar dan orang yang kaya, kacak itu adalah bonus. Tapi apa jauh lebih penting daripada semua itu ialah Ayden menjadi orang yang baik.
“Mummy akan sentiasa doakan Ayden menjadi insan yang baik, ikhlas dan Insya-Allah, pasti ramai akan menyayangimu,” ungkapnya.

Ayden merupakan anak hasil perkahwinan Bella bersama penyanyi serta pelakon Aliff Aziz.
Selain Ayden, mereka turut memiliki anak perempuan, Ara Adreana yang berusia empat tahun.
Bagaimanapun, Bella dan Aliff sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun bernikah.

