“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri” – 7 tahun kahwin, Fattah Amin anggap Fazura ‘one in a million’

Dari Penulis

MEMASUKI tujuh tahun perkahwinan, pelakon Fattah Amin akui layanan isterinya iaitu aktres Nur Fazura terhadapnya masih sama ketika awal pernikahan mereka.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 33, berkata, dia begitu mengagumi Fazura yang disifatkan seorang yang positif selain amat menghargai dirinya sebagai suami.

“Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami… Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.

“Paling saya terharu adalah sikap pemurah isteri saya sehingga saya sangat terinspirasi dengan perkara itu.

“Dia juga sangat ikhlas melakukan segala benda tanpa mengharapkan apa-apa balasan,” katanya.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi satu temu bual yang dimuat naik di saluran YouTube.

Pendedahan Fattah itu sekali gus menghentikan spekulasi yang mendakwa hubungan mereka diduga dengan konflik rumah tangga.

Pada masa sama, Fattah tidak menafikan Fazura seorang isteri dan ibu terbaik buat dirinya dan anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya.

“Sebagai suami, saya nampak banyak pengorbanan dia sebagai isteri dalam keluarga. Kalau ikutkan dia boleh sahaja duduk di rumah manakala saya bekerja.

“Namun dia sama-sama bangunkan perniagaan sekali gus membesarkan anak kami Fatima. Itu pengorbanan seorang isteri yang buat saya lagi cintakannya sampai sekarang.

“Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya sendukkan nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).

“Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai,” ujarnya.

Untuk info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This