TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berhubung perkahwinannya.
Dalam hantaran di akaun Instagram @this.7, Tengku Hassanal amat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan orang ramai mengenai kehidupan peribadi baginda.
Bagaimanapun, Tengku Mahkota Pahang itu bertitah bahawa buat masa ini dirinya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negeri Pahang.
Tengku Hassanal turut menghargai sokongan yang diberikan kepada dirinya.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
Baca artikel lain: Amalkan sifat bersederhana, belanja berhemah sambut Aidilfitri – Tengku Hassanal
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya.
“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” tulis Tengku Hassanal dalam hantaran tersebut.
Pada masa sama, Tengku Hassanal menerusi muatnaik di Instagram Story pula menafikan akan berkahwin dalam masa terdekat.
“No wedding (Tiada perkahwinan), takde (tiada) kahwin. Jangan kacau saya,” tulis Tengku Mahkota Pahang itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

