MALAYSIA sedang mengadakan perbincangan dengan Kuwait berhubung hasrat memperoleh jet-jet pejuang F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).
Perkara itu dibangkitkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika menerima kunjungan hormat Duta Kuwait ke Malaysia, Rashed Mohammed Rashed Al-Saleh, semalam.
Menurut Mohamed Khaled, hasrat Malaysia untuk memiliki jet pejuang F/A-18 Legacy Hornet itu setelah KAF telah pun menerima jet Super Hornet baharunya.
Beliau berkata, pertemuan tersebut turut membincangkan soal kerjasama tentera dengan tentera, kerjasama industri pertahanan dan konflik di Gaza.
Baca artikel lain: Mohamed Khaled lawat Brunei, kukuh kerjasama pertahanan dua negara
“Malaysia berbesar hati melihat kemajuan positif dalam hubungan dua hala dan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait.
“Kerjasama pertahanan antara kedua-dua buah negara akan terus diperkukuh melalui memorandum persefahaman (MoU) yang akan ditandatangani kelak,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled turut berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Kuwait dapat terus dipertingkatkan seterusnya memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Turut hadir pada pertemuan itu Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Mohd Yani Daud.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

