2 tahun sepi tanpa karya, Syazwan Shuhaimi kini muncul dengan Cinta Ke Syurga

Dari Penulis

ARTIS yang bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment iaitu Syazwan Shuhaimi tampil dengan single terbaru berjudul Cinta Ke Syurga setelah lebih dua tahun tanpa karya terbaharu.

Lagu ini merupakan hasil karya Aiman Sidek dan merupakan sebuah lagu yang menyentuh hati yang diinspirasikan dari majlis-majlis perkahwinan.

“Inspirasi lagu ini datang bila saya menghadiri majlis perkahwinan sama ada kawan-kawan atau saudara mara. Pasti akan ada ‘wedding anthem’ yang selalu dimainkan.

“Jadi saya terdetik untuk melahirkan satu ‘wedding song’ yang kena dengan momen-momen hari bahagia mereka dengan menggunakan lagu saya.

“Saya ingin meraikan kisah-kisah cinta orang ramai melalui lagu ini. Saya pasti semua hubungan percintaan bermula dengan pelbagai rintangan sebelum sampai ke hari pernikahan mereka.

“Jadi pasangan-pasangan bahagia ini perlu kita raikan dan didoakan semoga hubungan mereka baik-baik sahaja sehingga ke syurga,” katamya.

Menceritakan mengenai penghasilan lagu ini, Syazwan bekerja rapat dengan Aiman yang merupakan komposer bagi lagu yang sungguh istimewa ini.

Berkongsi pengalaman ketika sesi rakaman, Syazwan berkata: “Secara jujurnya, saya paling kurang bersedia untuk merakamkan lagu ini. Kerana waktu itu, saya belum pasti adakah betul keputusan saya menampilkan lagu ini sebagai lagu terbaru saya.

“Tambahan pula pada ketika itu, saya banyak melancong ke luar negara dan saya hanya sempat buat satu latihan sahaja sebelum masuk ke studio rakaman. Alhamdulillah, apabila sesi rakaman diadakan, semuanya dipermudahkan dan hasilnya sangat memuaskan hati,” ujarnya.

Untuk makluman, lagu Cinta Ke Syurga telah dilancarkan pada 28 Jun lalu dan juga boleh dimuat turun melalui iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKbox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Manakala, lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Entertainment.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This