Selepas kejayaan di AJL39, Nadeera sekali lagi lakar momen manis sebagai penyanyi nombor 1 di semua platform digital!

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BINTANG Rocketfuel Entertainment yang kian bersinar, Nadeera, terus mencipta fenomena selepas persembahan luar biasanya di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). Meskipun bergelar naib juara, Nadeera berjaya mencuri perhatian peminat dan pemerhati industri muzik dengan vokal luar biasa dan persembahan penuh emosinya yang meninggalkan impak mendalam.

No.1 Di Semua Platform Utama

Selepas AJL39, lagu Bukan Lagi Kita nyanyian Nadeera muncul sebagai lagu paling banyak distrim di Spotify Malaysia, Apple Music Malaysia, YouTube Music Malaysia dan dimuat turun di iTunes Music Malaysia mengatasi semua lagu-lagu domestik dan antarabangsa.

Lebih menarik lagi apabila lagu tersebut juga tersenarai antara salah sebuah lagu di antara tiga buah lagu artis Malaysia yang pernah mencecah nombor satu di ‘Carta Spotify Malaysia Daily Top Song’ selain lagu Hasrat dari Amir Jahari dan Suasana di Hari Raya oleh Anuar dan Ellina.

Lagu ‘Bukan Lagi Kita’ yang juga menjadi OST drama popular terkini ‘Curang Tanpa Niat’ juga menguasai YouTube dengan lebih 5 Juta tontonan untuk muzik video lagu tersebut.

Kejayaan ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Nadeera sebagai salah seorang artis terlaris di pasaran digital masa kini. 

Nadeera Menghargai Peminat

Menjawab kejayaannya di AJL39 dan respon luar biasa yang diterimanya, Nadeera berkata, “Saya sangat sangat bersyukur dengan sokongan yang luar biasa ini. Impian saya untuk berada di pentas AJL sejak dari dahulu lagi akhirnya termakbul dan sewaktu saya berdiri di pentas AJL39, saya hanya mahu menyampaikan lagu dengan sepenuh hati.

Melihat reaksi positif daripada semua orang adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi saya. Dan ini adalah permulaannya, saya akan terus bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat peminat semua,” katanya.

Masa Depan Yang Cerah

Kejayaan ini membuktikan bahawa bakat dan kerja kerasnya kini diiktiraf oleh peminat yang terus menyokong karya muziknya. 

Fenomena ini jarang berlaku bagi seorang artis, dan menjadi inspirasi kepada penyanyi-penyanyi muda yang ingin menapak dalam industri muzik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Nadeera dan perkembanganterkininya, sila ikuti akaun rasmi di platform media sosial dan digital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This