Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia

Dari Penulis

SUSPEK penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas, mencederakan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semasa perhimpunan kempennya di Butler, Pennsylvania, pada Sabtu telah ditembak mati.

“Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah ‘meneutralkan’ penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia,” kata Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi di X.

Beliau berkata seorang penonton terbunuh, manakala dua lagi cedera parah.

Menurut beliau, penembak itu melepaskan tembakan ke arah pentas daripada kedudukan tinggi di luar lokasi perhimpunan.

Baca artikel lain: ”Apabila lihat banyak darah, saya tahu ada sesuatu berlaku’’ –  Donald Trump

Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Guglielmi berkata Perkhidmatan Rahsia AS telah bertindak balas dengan cepat dengan langkah perlindungan dan bekas presiden berada dalam keadaan selamat dan sedang dinilai.

Agensi Anadolu melaporkan Trump kelihatan cedera dan dilihat berlumuran darah pada telinga kanannya ketika beliau dipindahkan dari pentas, menurut rakaman media sosial.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja ditahan langgar anggota polis, cuba lari sekatan jalan

DUA remaja ditahan selepas dipercayai merempuh seorang anggota polis ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan di Taman Panchor...

More Articles Like This