Polis buru lelaki patahkan pengelap cermin Alza

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang tular selepas bertindak mematahkan pengelap cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Dataran Sentral 2, bersebelahan Seremban Gateway, baru-baru ini.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/6504

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian daripada pemilik Perodua Alza pada pukul 5.46 petang hari Jumaat.

Beliau berkata, pengadu seorang perempuan Melayu yang bertugas sebagai pegawai bank di Petaling Jaya mengatakan MPV tersebut ditinggalkan di lokasi kejadian untuk pergi bekerja dan kemudian didapati mengalami kerosakan pecah cermin hadapan, pengelap hadapan dan belakang patah serta kedua-dua cermin sisi.

“Lokasi tersebut digunakan pengadu untuk meletakkan kenderaan sebelum pergi ke tempat kerja secara kongsi kereta bersama rakan sekerja.

“Suspek telah dikenal pasti dan usaha menangkap kini sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat di bawa Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This