Istana Budaya bawa OTM: Sounds of Malaysia ke Pavilion KL

Dari Penulis

ISTANA Budaya telah menjayakan dua program melalui Konsert Muzik Klasikal oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan iaitu Lambang Sari Series (LSS) 1 di Dewan Filharmonik Petronas pada 18 Mei dan Lambang Sari Series (LSS) 2 di Panggung Eksperimen Universiti Malaya pada 22 hingga 23 Jun yang lalu.

Istana Budaya membawakan satu lagi program ‘signature’ iaitu persembahan muzik tradisional dari Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) dengan Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia melibatkan kerjasama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 

Bersempena Malaysia Mega Sale 2024 yang telah dirasmikan oleh Firdaus Akhbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada 7 Jun di Pavilion Kuala Lumpur, Istana Budaya telah diberi peluang untuk mengisi satu slot dengan pengisian persembahan seni dan budaya. 

Julung kalinya Istana Budaya membawa Program Jangkauan OTM: Sounds of Malaysia ke Pavilion Kuala Lumpur yang dilihat sebagai lokasi tarikan para pelancong pada 13 Julai lalu.

Oleh itu, Istana Budaya menampilkan konsep yang berbeza daripada sebelum ini iaitu OTM ON THE STREET yang dilihat sebagai satu platform terbaik untuk tarikan pelancong dan generasi muda. 

Konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria bersama seramai 22 orang pemuzik mempersembahkan dengan gabungan alat-alat muzik tradisional Malaysia iaitu Akordian, Serunai/Rebana, Sape, Sitar, Seruling, Gambus, Keromong, Rebana/Darbuka, Mandolin, Yanqin dan Caklempong. 

Persembahan ini adalah secara terbuka dengan adanya dua  segmen iaitu persembahan secara “busking” dan secara berkumpulan berkonsepkan “orchestra street performance”. 

Konsep ini memberi peluang kepada pelancong dan pengunjung untuk merasai nilai seni muzik tradisional Malaysia dengan lebih dekat.

Di samping itu, terdapat penglibatan Artistana Istana Budaya yang mempersembahkan tarian secara “flashmob” di mana pengunjung dapat turut serta menari bersama bagi memeriahkan persembahan yang berdurasi selama satu jam. 

Ketua Pengarah, Zubaidah Mukhtar menyatakan bahawa menerusi kempen GERAK ini, Istana Budaya akan mencari ruang dan peluang untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana pihak yang berpotensi.

“Ini juga sebagai satu usaha untuk memartabatkan lagi nilai industri pelancongan seni dan budaya Malaysia ke peringkat antarabangsa,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This