Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi pukul 5 petang ini

Dari Penulis

JENAZAH mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang, kira-kira pukul 5 petang ini.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh abang Farah iaitu Mohd Farriza Azmi, 28, ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.

“Lepas Zohor akan terus ke Pekan, Pahang, mungkin pukul 5 atau pukul 6 kebumi,” katanya.

Ditanya mengenai harapan keluarga terhadap keadilan adiknya, Mohd Farriza berkata, semuanya diserahkan kepada pihak polis.

“Kami serahkan siasatan ini sepenuhnya kepada pihak polis,” ujarnya.

Dia juga sempat memohon mendoakan adik bongsunya, Farah Kartini.

Difahamkan, jenazah akan dibawa ke Masjid As-Syakirin, Kampung Tanjung Selangor untuk disolatkan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat yang ditemui itu adalah milik Farah Kartini.

Polis telah mengambil sampel asid DNA keluarga susulan kesukaran pengecaman secara visual terhadap jenazah mangsa.

Proses itu juga perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum jenazah diserahkan kepada keluarga sepenuhnya.

UtusanTV sebelum ini melaporkan Nur Farah Kartini hilang pada 10 Julai lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6 petang pada Isnin lepas.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek yang juga penjawat awam merupakan anggotanya berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kini direman tujuh hari hingga 22 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This