3 dekad membesar di United Kingdom, Rena tetap pilih Malaysia untuk lancarkan mini album – “Saya sedang mencari penyanyi lelaki untuk berduet…,”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

DIBESARKAN di bumi asing, tidak sesekali membuatkan penyanyi yang mahu dikenali sebagai Rena ini lupa akan tanah airnya.

Biarpun membesar di United Kingdom, wanita berusia 32 tahun itu tetap memilih Malaysia sebagai tempat untuk melebarkan sayap seninya.

Justeru, mengambil kesempatan berada di negara ini sebagai sebahagian perancangan mempromosikan mini album yang mengandungi empat buah lagu hasil ciptaannya sendiri.

“Saya menetap dan mendapat pendidikan sepenuhnya di United Kingdom sejak berpindah ke negara ini pada usia dua tahun.

“Saya meminati dunia muzik sejak usia remaja. Bila ayah hadiahkan sebuah gitar, minat itu lebih meluas dan saya beralih kepada penulisan lagu.

“Mini album ini mengandungi empat lagu iaitu Danger, Summer Everyday, Someone dan Take My Hand yang sepenuhnya hasil ciptaan saya.

“Saya ambil inspirasi daripada kisah cinta, kehidupan dan alam semesta biarpun ambil masa lima tahun sebelum dilancarkan tahun ini,” katanya kepada URTV ketika ditemui di One City, Subang Jaya.

Menjadikan Taylor Swift dan Pink Sweat sebagai inspirasi, disebabkan itu Rena membuat percubaan sulungnya dengan mengetengahkan genre pop pada mini albmunya kali ini.

Menurut wanita berusia 32 tahun itu, mini album tersebut sudah dilancarkan di United Kingdom sejak 1 Jun lalu.

“Saya memiilih Malaysia sebagai negara kedua sebab saya nak curi hati masyarakat di negara kelahiran saya.

“Saya dilahirkan di Kedah. Walaupun 30 tahun saya membesar di luar negara, tetapi saya dan keluarga masih lagi mengamalkan serta kekalkan kehidupan ketimuran.

“Saya berterima kasih kepada pihak Asia Empire Records kerana kesanggupan mereka untuk membantu merangka promosi untuk album mini saya di sini,” ujarnya yang juga turut mencuba peluang menjengah pasaran Indonesia sepanjang tiga bulan berada di Malaysia.

Bagi menunjukkan kesungguhannya untuk menawan hati pendengar muzik di negaran ini, Rena juga kini sedang mencari pasangan duet lelaki yang sesuai untuk berkerjasama dengannya.

“Saya ingin cuba menyanyi lagu bahasa Melayu walaupun saya kurang fasih bercakap dalam bahasa tersebut. Tapi, saya bersedia untuk berlatih sehingga betul-betul fasih.

“Sebab itu, saya sudah siapkan sebuah lagu bahasa Melayu yang akan dinyanyikan bersama dengan penyanyi lelaki dari Malaysia.

“Cuma, buat masa sekarang, saya dan pihak Asia Empire masih mencari yang sesuai. 

“Saya harap sangat lagu ini akan dilancarkan sebelum penutup tahun ini,” jelasnya.

Selain menyanyi, Rena juga aktif menjadi model iklan bagi Google, American Express dan Garnier bagi pasaran United Kingdom.

“Saya bangga mewakili wanita muslim berhijab dari Asia Tenggara dan berjaya menembusi pasaran media di United Kingdom,” ungkapnya.

Kesemua lagu dalam mini album itu dirakamkan di Mile Recording Studio, Mile End, London dan boleh di muat turun di semua platform digital. Rena menggunakan khidmat Fionn O’Conell sebagai penerbit.

Malah, Rena juga diberi peluang untuk muncul di gig Mat Motor bersama OAG, Iqbal M, Monosterio dan ramai lagi artis indie di MVP by Mivas East Boulevard, One City Subang, semalam. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This