Akta Pekerja Gig berkuat kuasa hari ini, lindungi 1.64 juta individu

Dari Penulis

AKTA pekerja Gig 2025 atau Akta 872 mula berkuat kuasa hari ini dengan memberi manfaat perlindungan lebih 1.64 juta individu yang terlibat dalam sektor berkenaan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia hadir pada saat landskap pekerjaan sedang berubah, sebagai tanda komitmen Kerajaan MADANI untuk membela nasib dan masa depan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang ekonomi digital negara.

Ia jelasnya, meletakkan Malaysia dalam kelompok negara di Asia yang mendahului usaha memperkenalkan perlindungan undang-undang khusus kepada pekerja gig secara komprehensif.

“Melalui akta ini, pekerja gig kini mempunyai perlindungan perundangan yang lebih jelas termasuk ketelusan perjanjian perkhidmatan, kadar pendapatan yang dipersetujui, larangan diskriminasi, perlindungan keselamatan sosial melalui PERKESO.

“Selain itu perlindungan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih teratur melalui Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) serta Tribunal Pekerja Gig,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman rasmi penguatkuasaan Akta 872 di Putrajaya hari ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan mengadakan sidang media selepas hadir ke Majlis Taklimat dan Sidang Media Pengumuman Penguatkuasaan Akta Pekerja GIG 2025 (AKTA 872) di Menara PERKESO, Putrajaya, hari ini.
GAMBAR: Abd Razak Aid

Ramanan memberitahu, selepas akta tersebut dikuatkuasakan, pekerja gig akan kekal bekerja secara fleksibel dan tidak akan mengganggu ekosistem gig itu sendiri.

Penubuhan MPGIG, SEGiM

Jelas beliau, antara perkara utama yang terdapat di bawah Akta 872 ini adalah mengenai penubuhan Majlis Perundingan Gig (MPGIG) yang

merupakan platform tripartit antara wakil kerajaan, wakil pekerja gig dan wakil entiti kontrak.

“Majlis ini berperanan untuk menasihati dan membuat syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula dan standard minimum yang akan diguna pakai berdasarkan sektor, kawasan wilayah, jenis pekerja gig atau perkhidmatan.

“Baru-baru ini, mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia atau SEGiM sebagai sebuah

badan penyelaras tunggal bagi ekonomi gig di Malaysia yang akan melibatkan penggubalan dasar, penyelaras pelaksanaan serta pemantau industri gig secara holistik,” katanya.

Tambahnya, dalam hal ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berpandangan bahawa penubuhan SEGiM ini merupakan satu langkah yang strategik untuk memastikan tadbir urus ekosistem ini dilaksanakan secara lebih menyeluruh, tersusun dan berkesan.

Dalam pada itu beliau berkata, dengan berkuatkuasanya Akta 872, kini pekerja gig boleh membuat aduan mengenai pekerjaan gig seperti isu bayaran pendapatan, penggantungan akaun atau perlanggaran syarat perjanjian.

Bagi memudahkan pekerja gig, kementerian telah menyediakan sistem eAduan yang akan menjadi platform utama bagi penerimaan aduan, pertanyaan atau maklum balas daripada pekerja gig.

Sistem ini boleh dilayari melalui laman web kementerian di pautan https://eaduan-gig.mohr.gov.my/ dan boleh diakses bermula 1 April.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This