Langgar kontrak: Michael Ang bakal disaman, Armani Entertainment minta pulangkan semula RM500,000

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Armani Entertainment mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit dan pengarah terkenal Michael Ang ke mahkamah serta menuntut pemulangan wang berjumlah RM500,000.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata tindakan itu ekoran Michael gagal memenuhi janji yang dipersetujui dalam kerjasama strategik yang ditandatangani pada 1 Oktober 2021.

Kes berkenaan dijadualkan disebut pada 5 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Chua mendakwa antara janji yang dibuat selebriti itu ialah memberi peluang lakonan kepada artis di bawah naungan Armani Entertainment Group serta menggunakan lagu penyanyi syarikat itu untuk runut bunyi drama arahannya.

“Kita juga sebenarnya sudah beri peluang kedua menerusi Supplementary Agreement pada 2022 namun Michael masih gagal memenuhi janji dan komitmen yang dibuat.

“Ini juga satu pengajaran buat kami sebagai pemain baru dalam industri ini dan berharap pihak lain agar lebih berhati-hati.

“Tetapi dia hanya menyelesaikan tiga perkara dalam kontrak seperti yang dijanjikan iaitu OST untuk drama Janji Anaqi dan menggunakan dua orang artis naungan kami bagi watak pembantu selain juri pencarian bakat untuk syarikat,” katanya kepada URTV dalam sidang media di pejabat syarikat itu di Kota Damansara hari ini.

Sidang media tersebut turut disertai dua peguam Syed Ahmad Naqiuddin Syed Mohammad Rizal dan Lim Zi Hwei dari Tetuan Zi & Associates.

Sementara itu, Chua turut menegaskan dalam sidang media tersebut adalah empat fakta yang tidak boleh dipertikaikan.

“Untuk kesimpulannya, dua kontrak sudah ditandatangani oleh pihak Armani Entertainment  dan Michael Ang.

“Selain itu, tanggungjawab Michael turut dengan jelas sudah tertera dalam kedua-dua kontrak.

“Dia hanya memenuhi satu OST, juri bagi pencarian bakat Armani Entertainment Group dan satu pelakon tambahan. 

“Kita telah buat bayaran sebanyak RM500,000 kepada pihak Michael,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Keanggunan songket maroon burgundy, sentuhan eksklusif Man Kajang di majlis resepsi anak Che Ta, Ammar Effendy & isteri

DUNIA fesyen tanah air sekali lagi terpukau dengan keindahan busana pengantin yang digayakan oleh pasangan yang menjadi tumpuan ramai,...

More Articles Like This