Umrah lebih selamat dan terjamin, PAPUH anjur PAPUH Muslim Travel Fair 2024. Siap pada pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian’

Dari Penulis

Melihat situasi perkembangan ramai bakal jemaah terkandas akibat penipuan agensi umrah, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) mengambil inisiatif untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair 2024.

Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia, Faridah Hamid berkata pihak menerima banyak aduan berkait penipuan pakej murah dan inisiatif ini bagi membantu bakal jemaah mendapatkan pakej terbaik dan bebas risiko.

“PAPUH sebelum ini telah menerima banyak rungutan daripada ahli memandangkan ramai Jemaah yang tertipu dengan pakel-pakej murah yang banyak diiklankan di laman media sosial. Mereka tertipu disebabkan terpengaruh dengan pakej yang ditawarkan dengan harga murah dan akhirya tidak dapat terbang. Setelah diselidik baru mereka tersedar yang mereka membeli pakej daripada agensi yang tidak berlesen.

“Atas permintaan ahli PAPUH sendiri, PAPUH bersetuju untuk menganjurkan PAPUH Muslim Travel Fair yang hanya membenarkan agensi-agensi yang mempunyai lesen penuh (seperti Inbound, Outbound, Ticketing dan Umrah) untuk mengambil bahagian.

“Sebanyak 50 syarikat akan mengambil bahagian dalam acara pada kali ini, dan ini adalah yang pertama dianjurkan oleh PAPUH selepas COVID-19. Setakat ini kami menawarkan pakej umrah bermula dari RM5999,” jelasnya.

Dalam pada itu, jelas Faridah, Syarikat Penerbangan Saudia turut memberikan potongan harga istimewa sepanjang pameran berlangsung. Malah kerjasama dengan pihak perbankan turut memperkenalkan pakej pembiayaan ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian’ untuk pakej umrah dan pelancongan Muslim.

Mensasarkan hampir 1000 pengunjung sepanjang tiga hari festival berlangsung, Papuh Muslim Travel Fair 2024 akan diadakan 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Hotel Grand Barakah Ampang.

PAPUH Muslim Travel Fair 2024 turut menawarkan pakej umrah, pelancongan mesra muslim ke serata dunia, pas-pas masuk ke taman tema, tiket penerbangan serta pakej percutian dalam negara.

PAPUH juga menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa pakej mengerjakan umrah kepada pelanggan yang membuat tempahan semasa acara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This