Himpunan Pembebasan Palestin: Orang ramai digalak guna LRT

Dari Penulis

ORANG ramai yang hendak menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil malam ini, digalakkan menggunakan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Sri Petaling.

Rapid KL dalam hantaran di laman Instagram turut menyarankan penggunaan kad Touch ‘n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.

“Jom naik LRT ke Perhimpunan Pembebasan Palestin dan turun di Stesen LRT Bukit Jalil,” menurut hantaran itu.

Dijadual bermula pada 6 petang, himpunan itu antara lain bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Baca artikel lain: Himpunan Pembebasan Palestin bukti rakyat Malaysia terus bersolidariti bersama Palestin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijangka menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin, bersama-sama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir ke stadium itu bagi menzahirkan sokongan kepada Palestin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This