Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin

Dari Penulis

RIBUAN orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada kira-kira 6.30 petang tadi.

Himpunan dalam keadaan cuaca baik dipenuhi orang ramai yang hadir berpakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka, dimulakan dengan Pidato Pembebasan Palestin.

Sesi pidato diteruskan selepas Tazkirah dan Tadabur Ibrah Perjuangan Palestin serta seusai solat maghrib berjemaah yang diimamkan wakil Palestin dengan jemaah memenuhi ruangan di kawasan himpunan.

Turut diadakan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Peserta kemudian dipertonton tayangan video khas dari Gaza dan persembahan anak-anak Palestin yang menghibakan suasana perhimpunan.

Pidato Pembebasan Palestin diteruskan oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu; Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Himpunan Pembebasan Palestin: Laungan ‘Bebaskan Palestin’ bergema di Axiata Arena

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin selepas tayangan video Belasungkawa Asy-Syahid Ismail Haniyeh.

Himpunan dijadual berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah.

Seorang peserta Ammar Abdul Razak, 40, berkata dia tiba dari Johor bersama rakan-rakan seawal 5 petang demi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas tanpa perikemanusiaan dilakukan rejim Israel.

“Saya amat terharu kerana lihat ramai rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kaum turut bersama-sama menghadiri himpunan ini bagi melawan kekejaman Israel,” katanya kepada Bernama.

Khamis lepas, Perdana Menteri berkata himpunan solidariti itu adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: 24,751 bakal mengundi awal hari ini

SERAMAI 24,751 pengundi awal yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 bakal menunaikan tanggungjawab masing-masing, hari...

More Articles Like This