“Tangguhkan segala amalannya sehingga ia berdamai”

Dari Penulis

Sabda Baginda s.a.w. “Amalan akan dipersembahkan kepada Allah pada hari Isnin dan hari Khamis. Semua dosa hamba yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu akan diampuni, kecuali bagi orang yang antara dia dan saudaranya terdapat kebencian dan perpecahan. Lalu dikatakan,

“Tangguhkanlah dua orang ini hingga mereka berdamai. Tangguhkanlah kedua orang ini hingga mereka berdamai” (HR Muslim)

Dalam hadis di atas, jika difahami sedalamnya, ia akan menimbulkan rasa gentar dan takut kepada Allah, pada azab Nya dan pastinya akan menyedarkan kita untuk tidak bersikap benci kepada seseorang hingga menimbulkan perpecahan.

Malah secara langsung melembut dan membuka hati kita untuk memohon kemaafan, mengakui kesilapan jika ada permusuhan serta kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.   

Apabila meminta maaf ia perlu disusuli dengan taubat nasuha iaitu bertekad untuk tidak akan sesekali mengulang kembali perbuatan buruk yang dilakukan kepada sesama manusia. Jika hanya bersikap baik ketika di hadapan seseorang, sedangkan di belakang masih lagi mengata atau melakukan keburukan, itu bermakna ia tidak ikhlas, malah bersikap hipokrit.

Sekiranya seseorang sudah meminta maaf atas kesalahannya, tetapi hati kita masih begitu sukar memaafkan kesalahan tersebut, rujuklah sepotong lagi hadis riwayat Bukhari agar dapat membuatkan hati kita bersikap lebih terbuka dalam hal ini. Baginda s.a.w. bersabda

“Tidak masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.”

Dari hadis ini jelas menunjukkan bahawa Islam sudah menyediakan konsep yang lengap untuk umatnya mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asalkan kita umat Islam mengamalkan sunnah dan tuntutan agama.

Satu lagi hadis yang boleh dijadikan rujukan kepada kita ialah,

Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, ia mesti menghormati jiran dan tetamu” (HR Muslim)

Di sini Baginda s.a.w. mengajarkan kepada kita agar sentiasa menjagatangan dan lidah, bukan hanya kepada saudara terdekat malah juga kepada orang yang berada disekeliling. Sebelum bertindak, kita harus bersabar. Jangan membalas kejahatan dengan kejahatan.

Seorang lelaki pernah meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar memberikan nasihat atau wasiat kepadanya, Lalu Baginda s.a.w. menjawab,

“Jangan marah!” secara berulang kali. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,

“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergulat (bergusti), tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal hawa nafsu mereka ketika marah”

Justeru itu dalam syariat Islam cara terbaik untuk menahan amarah ialah dengan mengambil wuduk. Itu kerana marah itu dari api dan air wuduk dapat menyejukkannya.

Apabila kita tidak menjaga lidah ia boleh menghiris perasaan pelbagai pihak. Akibat dari lidah yang setajam pisau, tidak mustahil boleh berlaku perbuatan bunuh membunuh dan sebagainya. Seperti mana hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan,

“Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri” (HR Bukhari).

Justeru itu sebagai orang islam yang waras pemikirannya, jangan ada sifat dendam dan sifat dengki atau membenci. Dahulukan dengan meminta maaf, turunkan ego dan ingatlah segala pesanan Baginda s.a.w. dan juga Allah S.W.T.

Seandainya kita tetap ego dan enggan meminta maaf daripada mereka yang pernah kita lukai, ia pastinya akan memutuskan silaturrahim iaitu satu perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah dan Rasul Nya. Dalam masa yang sama hubungan sesama manusia tidak akan sempurna.  

Oleh itu, pentingnya kita mempunyai sikap memaafkan seseorang. Ambillah teladan dari kisah seorang Ansar yang dijanjikan syurga kerana suka memaafkan orang yang melakukan kesalahan terhadapnya, sedangkan dia bukanlah orang yang kuat beribadah. Wallahu a’lam

_________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This