Azizulhasni teruskan kemaraan ke pusingan ketiga, tewaskan Hamish Turnbull

Dari Penulis

JAGUH berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang mengetepikan cabaran pelumba dari Great Britain, Hamish Turnbull untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga acara pecut individu Sukan Olimpik 2024.

Anak Terengganu berusia 36 tahun itu mara ke pusingan 1/8 selepas engatasi cabaran wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16 di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi.

Pencapaian anak jati Morpeth, Northumberland yang pernah memenangi pingat perak acara berpasukan itu langsung tidak menggugat Azizulhasni apabila sebaik saringan ke-10 bermula, Azizihulhasni terus meletakkan dirinya di hadapan.

Turnbull berusaha mencari ruang untuk memintas Azizulhasni tetapi tidak berhasil. Dan itu sudah cukup buat beliau bergelar pemenang saringan ke-10 dengan catatan masa 9.866 saat.

Azizulhasni menjadi satu-satunya wakil negara di pusingan 1/16 acara pecut individu selepas seorang lagi wakil negara, Shah Firdaus Sahrom terkandas dalam saingan repechage 1/32.

Pencapaian ini sekaligus menyaksikan beliau semakin hampir mengulangi pencapaian layak ke suku akhir di temasya edisi 2020 di Tokyo, Jepun.

Sebelum ini dalam pusingan kelayakan pertama, pelumba yang diberi gelaran The Pocket Rocketman telah memecah rekod kebangsaan acar pecut individu dengan merekodkan masa 9.402 saat.

Dia kemudiannya mengetepikan cabaran pelumba dari Jerman, Luca Spiegel untuk mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu sebentar tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This