‘Zahid bukan hero, saya letak jawatan sebab Bersatu tolak nasihat’, kata Tun Dr Mahathir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TUN Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bukanlah seorang hero dan tidak terlibat dalam peletakan jawatannya sehingga membawa kepada kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.

Dalam catatan di Facebook, bekas Perdana Menteri itu menegaskan Ahmad Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuhkan dirinya sekali gus menyelamatkan UMNO.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, beliau meletakkan jawatan apabila parti yang diwakilinya ketika itu iaitu Bersatu menolak nasihatnya.

“Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya, dia secara terhormat sepatutnya letak jawatan dan itulah yang saya lakukan.

“Zahid bukan hero. Dia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat UMNO iaitu DAP supaya jadi Timbalan Perdana Menteri demi menyelamatkan dirinya dari dibicara berkenaan kesalahannya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, beliau bertindak mahu membubarkan UMNO kerana mendakwa perjuangan parti itu tidak sama dengan perjuangan asal.

Pada masa sama, katanya, hak untuk dikenali sebagai parti UMNO didakwa sudah hilang.

Oleh yang demikian, beliau berkata, lebih baik nama UMNO tidak diguna dengan cara membubarkan parti yang menggunakan nama UMNO.

“Sebenarnya UMNO kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Kalah tidak bermakna hapus. Kalah bermakna tidak dapat jadi kerajaan.

“Di waktu Zahid datang jumpa saya, dia baru jadi Presiden UMNO. Dia ingin tahu apa akan jadi kepada UMNO setelah kalah.

“Bagi saya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada dasar penubuhan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Parti yang mengguna nama UMNO berjuang untuk wang (Cash is King),” katanya.

Baca artikel lain: Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir bertambah baik

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, Ahmad Zahid tidak bersetuju dengan cadangannya.

“Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna nama UMNO.

“Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau UMNOnya. Parti yang kalah tidak berhak jatuh parti yang menang. Selepas berjumpa, Zahid kali kedua, beliau cuba jelaskan yang dia tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang disebar umum.

“Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau. Bukti yang cuba ditunjuk kepada saya sepatutnya ditunjuk kepada hakim mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid secara terbuka mengakui beliau adalah dalang utama yang terbabit menggulingkan Dr Mahathir dalam usaha menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menyifatkan tindakan luar biasa itu penting untuk menentang Dr Mahathir yang didakwanya ketika itu mahu membatalkan pendaftaran UMNO.

Dakwanya, perkara itu turut disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kertas untuk mengharamkan UMNO sudah ada di atas meja Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This