Nora Ariffin diceraikan talak satu menerusi rakaman video di media sosial 

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI  Datuk Nora Ariffin, 51, diceraikan dengan talak satu oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Lafaz cerai itu dibuat oleh Rushdi menerusi rakaman video yang dikongsi penyanyi lagu Hanya Satu itu menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah,” lafaznya.

Terdahulu, spekulasi mengatakan rumah tangga penyanyi itu dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Figh & Usul, Universiti Malaya mula berantakan sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Nora menegaskan dia masih lagi isteri yang sah kepada Rushdi dan hubungan mereka masih dalam keadaan baik.

Penyanyi kelahiran Kelantan itu mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis pada 2021. 

Tidak menjelaskan secara terperinci butiran majlis perkahwinannya, Nora memaklumkan bertemu jodoh dengan sahabat baik arwah suaminya, Johan Nawawi.

Sebelum itu, Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. 

Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Pada 13 Disember 2019, Nora diuji dengan pemergian anak kedua, Muhammad Syakir Aliff berusia 20 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

 Ancaman Kecerdasan Buatan (AI): MMRA Desak Kerajaan Perketat Akta Hak Cipta Serta-Merta

INDUSTRI muzik tempatan kini berdepan dengan satu ancaman baharu yang tidak kelihatan tetapi memberi impak yang sangat mendalam iaitu...

More Articles Like This