‘Undilah calon Melayu’, surat terbuka Tun M kepada pengundi Melayu

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru pengundi Melayu supaya mengundi calon Melayu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam surat terbuka dimuatnaik media sosial, bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan, langkah itu perlu dilakukan supaya negara ini terus kekal sebagai Tanah Melayu.

Kata beliau, pengundi Melayu perlu memilih calon Melayu tanpa kesetiaan kepada mana-mana parti atau puak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Dr Mahathir, orang Melayu bakal berdepan pilihan calon dan kesan daripada pemilihan itu amat besar.

“Kesan pilihan amat berat iaitu sama ada Tanah Melayu akan terus jadi Tanah Melayu atau jadi tanah bukan Melayu.

“Siapa dianya calon Melayu. Itu akan diberitahu semasa PRU,” katanya dalam hantaran tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan kesetiaan orang Melayu ialah kepada bangsanya sendiri.

“Jika kesetiaan ini diberi kepada parti atau puak akan hilanglah Tanah Melayu.

“Tanpa Tanah Melayu akan hilanglah bangsa Melayu di dunia ini. Melayu akan jadi bangsa yang tidak mempunyai negara,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This