Olimpik: Hannah mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia

Dari Penulis

MENTERI Belia dan Sukan Hannah Yeoh memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana kontinjen negara masih belum berjaya membawa pulang pingat emas pertama daripada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Beliau menyifatkan program Road To Gold (RTG) untuk menamatkan kemarau 68 tahun pingat emas sebagai ‘tidak gagal’ sebaliknya ia masih belum berjaya.

Beliau berkata seperti diumumkan sebelum ini RTG ditubuhkan tahun lepas merupakan program jangka masa panjang yang dilaksanakan bagi dua temasya Sukan Olimpik iaitu Paris 2024 dan Los Angeles pada 2028.

“Jadi kita belum berjaya mendapatkan pingat emas pertama dan seperti yang saya nyatakan pemegang taruh kita dalam RTG adalah atlet dan jurulatih kerana ini (RTG) adalah ‘top service’ untuk mereka pertingkatkan peluang dapatkan pingat emas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas tiba bersama skuad berbasikal Olimpik Paris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Hannah yang juga Pengerusi Bersama RTG berkata walaupun belum berjaya membawa pingat emas namun program itu menyaksikan peningkatan prestasi bagi beberapa atlet.

Beliau berkata ini terbukti apabila tiga atlet telah berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya itu iaitu pelumba basikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan selain terdapat beberapa atlet lain mencipta catatan peribadi terbaik.

Katanya Jawatankuasa RTG akan bermesyuarat dan mendapatkan laporan teknikal daripada kesemua pasukan bagi menilai prestasi serta menyediakan laporan beraudit bekenaan perbelanjaan program itu.

Namun, beliau berkata pihaknya memerlukan masa untuk bermesyuarat dan menyediakan laporan tersebut kerana berdepan jadual padat susulan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak dan Sukan Paralimpik Paris 2024 bermula 28 Ogos ini.

Malaysia menamatkam misi Olimpik Paris 2024 dengan dua pingat gangsa menerusi beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Sik dan jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Isu pemain naturalisasi: FAM sedang perkukuh aspek tadbir urus

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) sedang memperkukuh aspek tadbir urus, bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap integriti dan kredibiliti bola sepak...

More Articles Like This