PRK DUN Mahkota: Jurulatih bola sepak antara calon PN – Sumber

Dari Penulis

KETUA Bahagian Bersatu Kluang, Mohamad Nor Lingan merupakan di antara nama calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Berita Harian melaporkan, selain Mohamad Nor, sumber berkata, Naib Ketua Bahagian Bersatu Kluang, Dzulkarnain Alias juga calon PN bagi kerusi berkenaan.

Calon ketiga ialah Mohamad Haizan Jaafar iaitu jurulatih bola sepak terkenal dalam kalangan generasi muda di daerah ini.

“Ketiga-tiga nama ini pemimpin BERSATU di Kluang. Gabungan muka lama dan baharu ini masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Baca artikel lain: Pengganggur ditahan, polis selesaikan 10 kes curi ‘cuba nasib’ barang dalam kereta di Sentul

“Siapa pun terpilih, mereka akan bergerak bersama-sama dalam kerja berpasukan untuk memenangi hati penduduk DUN Mahkota,” katanya, hari ini.

Semalam PN menyerahkan tiga nama kepada pimpinan pusat bagi dipertimbang sebagai calon pada PRK DUN Mahkota.

Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, tiga calon lelaki anak tempatan yang terdiri muka baharu dan lama itu diputuskan pada beberapa mesyuarat sebelum ini.

Katanya, pengumuman akan dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This