MCA tidak gentar lawan PH, PN di Johor – Ka Siong

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MCA menegaskan parti itu tidak gentar berdepan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) atau pertandingan pelbagai penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, malah yakin mampu mempertahankan semua 15 kerusi yang ditandingi atas tiket Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, MCA sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang cabaran pilihan raya dengan menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan kemenangan BN di negeri itu.

“Siapa pun lawan, PH atau PN, berapa banyak penjuru sekalipun, kami MCA mewakili BN sedia bertempur di 15 kerusi yang kami tandingi dan memastikan kemenangan BN di Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan jelajah ke beberapa bilik gerakan BN-MCA di Johor bagi menyuntik semangat jentera serta menyelaras strategi kempen menjelang hari pengundian.

Dalam lawatan itu, Ka Siong menghadiri program di bilik gerakan BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Senai bagi memberi sokongan kepada calon BN, Tai Chee Chee.

Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan kepimpinan DAP yang disifatkannya menganggap parti itu mampu memperoleh kemenangan mudah di kerusi berkenaan.

Katanya, DAP sepatutnya membentangkan rekod prestasi kepada rakyat berbanding mewujudkan naratif bahawa kemenangan mereka sudah terjamin.

“Daripada mencipta naratif yang tidak berasas dan cuba mengalihkan perhatian orang ramai, DAP sepatutnya mempunyai keberanian untuk membentangkan rekod prestasi sendiri kepada rakyat.

“Apa yang telah mereka lakukan untuk warga Senai selama ini?” katanya.

Ka Siong turut mengunjungi bilik gerakan BN di DUN Johor Jaya bagi bertemu Pengerusi MCA Bahagian Pasir Gudang, Tan Tuan Peng dan calon BN, Chan San San untuk menilai perkembangan kempen serta memperhalusi gerak kerja pilihan raya.

Beliau berkata, selepas melawat enam bilik gerakan BN-MCA semalam, jelajah akan diteruskan ke seluruh Johor bagi memperkukuh momentum kempen, selain memberi sokongan kepada calon-calon BN.

Katanya, fokus utama kini adalah memastikan jentera kekal mantap dan bekerja sehabis baik bagi meraih sokongan pengundi demi memastikan BN terus diberi mandat mentadbir Johor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This