POLIS mengklasifikasikan kes kematian penyanyi Muhammad Nidza Afham sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat pada pukul 11 pagi hingga 3 petang tadi.
“Punca kematian masih dalam siasatan makmal dan tiada kecederaan fizikal terhadap mayat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222.
Semalam UtusanTV melaporkan, beliau mengesahkan penemuan mayat penyanyi, Nidza Afham di Sungai Klang pada pukul 7.30 malam.
Nidza sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar berjoging di Stadium Sultan Sulaiman, Klang.
Siasatan mendapati Nidza telah keluar dari rumah di Jalan Kerongsang 4, Bandar Puteri dekat Klang ke stadium pada pada pukul 7.45 malam dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing.
Menerusi aplikasi ‘Find my iPhone’, teman wanita Nidza mendapati, lokasi terkahir keberadaanya adalah di Jambatan Kota berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang.
Adik Nidza juga telah ke lokasi terakhir yang dikenal pasti dan telah menemui sebuah telefon bimbit serta dompet berisi dokumen.
Nidza kali terkahir dilihat berbaju warna biru dan hitam bernombor 56.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, T

