SELEPAS empat hari jenazah penyanyi Allahyarham Nidza Afham dikebumikan, akhirnya teman wanitanya yang dikenali sebagai Hazmiera diberi kekuatan untuk meluahkan rasa hatinya.
Menurut Hazmiera atau Miera, biarpuan ujian yang menimpa dirinya itu disifatkan cukup berat, namun dia perlu kuat untuk mendepani hari mendatang.
Malah, pemergian Nidza sehingga kini masih lagi kuat dirasai sekaligus menggambarkan arwah seorang lelaki terbaik buat dirinya.
“Saya tak tahu macam mana nak ‘move on’ daripada semua ini. Mungkin masa akan mengubati.
“Tapi kesetiaan, kasih sayang, kebaikan dan usaha awak tak dapat saya cakap apa lagi.
“Semuanya cukup dan bahagia untuk saya kenang. Saya cuma teman wanita yang cuba buat yang terbaik dan berikan apa yang mamu untuk teman lelaki saya,” katanya.

Miera berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
Pada masa sama, Miera meluahkan penghargaan kepada ibu Nidza yang menerimanya sebagai wanita pilihan ketika hayat arwah.
“Saya yakin, awak dah gembira dekat sana. Saya bahagia kalau awak bahagia.
“Terima kasih Umi terima Miera sebagai menantu Umi. Tolong doakan untuk saya dekat sini juga okay.
Miera antara yang terawal berjaya mengesan lokasi terakhir arwah menerusi telefon selepas dilaporkan hilang pada 13 Ogos lalu.
Lokasi terakhir arwah di Sungai Klang selepas pihak keluarga menemui telefon bimbit dan dompetnya.
Kurang 24 jam dilaporkan hilang, Nidza temui lemas di lokasi bekenaan sekitar pukul 7 malam.
Polis mengklasifikasikan kematian Nidza sebagai mati mengejut (SDR).

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

