[VIDEO] Yovie, Lyodra bertepuk sebelah tangan kerana Terlalu Cinta

Dari Penulis

MAESTRO lagu-lagu romantis dari Indonesia iaitu Yovie Widianto, kembali membuat inovasi baru dengan merilis semula lagu Terlalu Cinta dengan menggandingkan salah satu bakat terbaik masa kini, Lyodra.

Terlalu Cinta adalah ciptaan Yovie yang pernah dirilis pada 2006 dan sempat menjadi hit ketika dinyanyikan oleh Datuk Seri Rossa. 

Kali ini, Yovie memilih Lyodra untuk menyanyikan semula. Lagu ini dirilis di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.

“Karakter suara Lyodra sangat sesuai untuk menyanyikan lagu ini. Sejak projek ini dimulakan, nama Lyodra sudah terlintas dalam fikiran, dan hasilnya sangat memuaskan,” kata Yovie mengenai projek tersebut.

Sementara  Lyodra pula tetap menyahut cabaran membawakan lagu tersebut meskipun agak sukar pada awalnya.

“Saat diajak untuk menyanyikan lagu ini, saya terus menerimanya. Walaupun ini adalah tugas berat kerana lagu ini sangat hebat ketika dinyanyikan oleh Rossa. 

“Tambahan pula, ini adalah lagu hit, jadi awalnya memang ada tekanan, tetapi setelah menyanyikannya, semuanya terasa menyenangkan dan memuaskan,” ujarnya.

Seperti yang kita tahu, single Terlalu Cinta adalah sebuah lagu cinta dengan irama pop balada yang sangat indah. 

Lagu ini menceritakan tentang pengalaman pahit seseorang yang terperangkap dalam cinta yang tak berbalas. Melalui liriknya, lagu ini menyampaikan perasaan putus asa dan kesedihan kerana tidak dapat memiliki orang yang dicintai.

Untuk susunan muziknya, Yovie tidak terlalu banyak menggubah lagu tersebut agar tidak menjauh dari corak asalnya. Namun, sentuhannya dibuat lebih megah dengan penguatan di bahagian strings untuk mengiringi instrumen piano yang menjadi senjata utamanya.

Lyodra sendiri membuat lagu ini menjadi lebih segar dengan ciri khas vokalnya. Kekuatan vokal Lyodra menjadi menu utama dari seluruh susunan lagu yang disajikan dalam single versi terbaru ini.

Bercerita mengenai video muziknya, Prialangga sebagai pengarah membuat konsep yang sederhana namun penuh makna, dengan video muzik yang bercerita seperti sebuah mini movie. 

Di mana ia menyertakan konflik dalam ceritanya yang membuatnya jadi lebih menarik. Tone visual yang ditunjukan juga sangat indah untuk dilihat dan dinikmati. 

Selain Lyodra, video muzik ini juga dibintangi oleh Davina Karamoy yang dikenali sebagai pelakon dalam filem Ipar Adalah Maut, dan Arbani Yasiz pelakon Ancika: Dia yang Bersamaku 1995.

Yang membuat video muzik ini jadi menarik adalah kehadiran Rossa di bahagian-bahagian terakhir. Hal ini seolah-olah menjadi penguatan diatas sokongan Rossa terhadap Lyodra untuk menyanyikan semula lagu tersebut.

“Saya berharap lagu ini bukan hanya menjadi sebuah nostalgia saja, tetapi juga dapat dinikmati oleh mereka para penggemar muzik di era sekarang,” harap Yovie Widianto mengenai single ini.

Jadi, tunggu apa lagi, dengarkan lagu ini di semua platform perkhidmatan muzik digital kegemaran anda, dan tonton video muziknya di akaun rasmi YouTube milik Lyodra. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This