Ibadah yang diterima Allah VS ibadah yang sia-sia

Dari Penulis

Amal seseorang diterima Allah harus memenuhi 2 syarat iaitu niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan sesuai dengan tuntutan syariat (mengikut sunnah Nabi). Firman Allah dalam surah al-Kahfi: 110,

“Barang siapa berharap menemui Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal soleh dan jangan mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan suatu apa pun”

Menyedari betapa besarnya musibah disebabkan sifat riyak terutama dalam ibadah, Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepada umatnya memohon perlindungan dengan mengamalkan doa ini,

“Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon keampunan kepada Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya” (HR Ahmad)

Dosa syirik yang tidak diketahui merujuk kepada sifat riyak kerana ia dianggap syirik tersembunyi. Pelakunya menampakkan ibadah itu dikerjakan kerana Allah, sedangkan niat tersembunyinya untuk mendapat perhatian dan pujian manusia.

Perasaan riyak dapat disingkirkan dalam jiwa setiap insan jika dia benar-benar memahami keagungan sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang nampak mahupun tersembunyi waima sekecil hama atau bakteria sekalipun.

Artikel berkaitan: Sifat riyak mencemar ibadah

Allah berfirman dalam surah Ali Imran: 29,

“Katakanlah jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah mengetahuinya.”

Apabila seseorang mengetahui tiada apa yang terdetik di hatinya tersembunyi daripada Allah, dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikhlaskan ibadahnya hanya kepada Allah. Pada akhirat nanti bagi mereka yang bersifat riyak akan menerima pembalasan dengan dibongkarkan niatnya yang buruk itu di depan seluruh makhluk seperti sabda Baginda s.a.w,

“Siapa beramal kerana sumah (ingin didengari manusia) Allah akan membalasnya dengan diperdengarkan kejelikannya. Siapa berbuat riyak, maka Allah akan menampakkan sifat riyaknya itu (di depan makhluk)” (HR Bukhari)

Dalam hadis ini jelas menyatakan bahawa apabila seseorang itu melakukan amalan tanpa niat yang ikhlas, semata-mata hanya ingin dilihat dan didengar oleh manusia, maka pada hari kiamat dia akan dibalas atas hal itu iaitu dengan cara memperkenalkannya, membongkar kejelikkannya dan menampakkan apa yang dia sembunyikan (di sebalik amalannya).

Adapun solat bagi orang yang riyak tetap sah hukumnya jika memenuhi syarat-syarat sah solat dan tidak melakukan perkara yang membatalkan solat, akan tetapi pahalanya tiada. Ia hanyalah sia-sia.

Oleh itu hendaklah kita mengerjakan amal soleh secara tulus ikhlas kerana Allah dan jika perasaan riyak timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa kerana itu bisikan syaitan yang bertujuan menyesatkan manusia.

Jika seseorang pada asalnya berniat mengerjakan ibadah ikhlas kepada Allah, namun kemudian perasaan riyak itu datang secara tiba-tiba dan dia berusaha menghilangkannya, keadaan itu tidak menyebabkan amalannya ditolak Allah.

Sebaiknya cubalah untuk merahsiakan setiap amalan kebaikan yang dilakukan seperti bersedekah, berzikir dan solat malam kecuali ibadah itu memang tidak boleh disembunyikan seperti menunaikan solat berjamaah.

Dalam satu hadis, Baginda s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyintai hamba-hamba Nya yang bertakwa, berbesar hati iaitu orang kaya dan suka bersedekah dan suka merahsiakan ibadatnya” (HR Muslim)

__________________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fahami perbezaan hadis daif, palsu dalam beramal di era digital

Oleh Mohd Shahrizal Faizal Mahasiswa Tahun 3 di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. PERKEMBANGAN media sosial pada...

More Articles Like This