Bekas Ahli Dewan Negara, Roslan Awang Chik meninggal dunia

Dari Penulis

BEKAS Ahli Dewan Negara Datuk Roslan Awang Chik meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu akibat strok, pada awal pagi tadi.

Anak lelakinya, Fadhlan Roslan, 44, berkata Allahyarham Roslan, 73,  meninggal dunia pada 2.51 pagi tadi di sisi beberapa ahli keluarga.

Beliau berkata jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman mereka di Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk disolatkan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), Kuala Terengganu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Sheikh Ibrahim selepas zohor.

“Arwah juga menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu dan menjalani rawatan kimoterapi di HSNZ,” katanya ketika dihubungi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lima anak.

Roslan pernah menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang selama satu penggal dari 1995 hingga 1999, dan juga dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bermula 2004 hingga 2010.

Selain itu, Allahyarham pernah memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Kuala Terengganu dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

12 individu ditahan merusuh di parkir beli-belah di Cheras

POLIS menahan 12 individu warga tempatan bagi membantu siasatan satu kes pergaduhan dan rusuhan di kawasan parkir pusat beli-belah...

More Articles Like This