Sze Fei-Nur Izzudin wakil tunggal negara ke separuh akhir Terbuka Jepun

Dari Penulis

BEREGU lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Jepun 2024 hari ini.

Ini selepas pasangan pilihan kelapan kejohanan itu menundukkan pilihan keempat dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto 21-16, 10-21, 21-16 dalam perlawanan sengit yang berlangsung selama 54 minit di Yokohama Arena.

Menanti Sze Fei-Nur Izzudin di pusingan seterusnya ialah sama ada pemain tuan rumah Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura atau pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana yang akan bertemu pada satu lagi aksi suku akhir hari ini.

Satu lagi beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun dikecewakan pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 15-21, 9-21.

Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah juga gagal mengesahkan slot ke separuh akhir selepas ditewaskan gandingan China Sheng Shi Liu-Tan Ning 21-17, 14-21, 10-21.

Dua pasangan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian MengLai Pei Jing turut gagal meneruskan momentum apabila tewas pada saingan suku akhir.

Tang Jie-Ee Wei ditewaskan pilihan kedua Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China 16-21, 18-21 manakala Kian Meng-Lai Pei Jing ditumbangkan gandingan Hong Kong Tang Chung Man-Tse Ying Suet 21-18, 23-25, 9-21.
— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This