OPERATOR perkhidmatan rel, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan telah mengalami insiden serangan siber melibatkan sebahagian daripada sistem dalaman syarikat itu.
Prasarana dalam kenyataan memaklumkan, pasukan keselamatan siber syarikat itu telah mengenal pasti dan sedang menangani insiden tersebut.
Menurut Prasarana, serangan siber itu telah melibatkan akses tanpa kebenaran ke beberapa sistemnya.
Bagaimanapun, syarikat itu memberi jaminan bahawa insiden berkenaan tidak memberi gangguan terhadap operasi hariannya.
“Kami sedang mengurus dan menangani situasi ini. Kami juga sedang bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi.
“Keutamaan kami adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Prasarana peruntuk RM50 juta baik pulih stesen monorel
Mengulas lanjut, Prasarana memberitahu sedang bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan CyberSecurity Malaysia untuk memastikan semua langkah penting telah dilakukan.
Jelasnya, usaha kerjasama itu bertujuan untuk memberikan respons yang menyeluruh dan melindungi sistemnya.
“Kami akan terus memberikan kemas kini dari semasa ke semasa.
“Tumpuan kami kekal pada penyelesaian masalah dengan segera di samping memastikan perkhidmatan kami terus memenuhi keperluan orang awam,” katanya.
Terdahulu, pemantau ancaman siber Falcon Feeds melaporkan bahawa perisian RansomHub telah digunakan dalam serangan itu yang berpotensi menjejaskan 316GB data Prasarana daripada laman sesawang prasarana.com.my.
Falcon Feeds selanjutnya mendedahkan penyerang merancang untuk mengeluarkan data yang dicuri dalam masa tujuh hari.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

