VIDEO tular mengenai gerabak tren LRT terbakar di media sosial adalah palsu.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan menegaskan, video yang sedang tular di media sosial berkaitan insiden yang kononnya melibatkan sebuah gerabak tren Laluan Ampang adalah tidak benar sama sekali.
Menurut Prasarana, tiada sebarang insiden melibatkan tren atau fasiliti di bawah kendalian Rapid KL yang berlaku seperti didakwa.
Prasarana memberitahu, semakan dalaman serta pengesahan daripada pasukan operasi mengesahkan bahawa semua perkhidmatan tren berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan.
“Prasarana memandang serius penyebaran maklumat palsu yang boleh mencetuskan kebimbangan awam dan menjejaskan reputasi sistem pengangkutan awam negara.
“Prasarana tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang didapati menyebarkan berita palsu atau menimbulkan kekeliruan awam,” jelas Prasarana.
Prasarana menambah, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih dan hanya mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi Rapid KL.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

