“Kalau menang bergaduh, tiada siapa untung,”- Kembali berbaik dengan Shahrol Shiro, Ajak nasihat tak rugi turunkan ego

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAWAK dan penyampai radio, Ajak bersyukur ikatan persahabatan bersama rakan pelawak, Shahrol Shiro kini kembali jernih selepas hampir tiga tahun tidak berhubung.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak,38, dia dan Shahrol bertemu buat pertama kali selepas sekian lama ketika pulang ke kampung halaman bagi menghadiri kenduri sahabat baik, baru-baru ini.

“Mulanya, dia nampak video saya ada di kampung. Ketika itu, saya ke rumah rakan sebab ada kenduri. Pada malamnya, Shahrol ada mesej saya dan ajak berjumpa.

“Namun, saya minta kita berjumpa di tempat yang tiada orang dan hanya berdua sahaja tanpa kamera. Saya nak berbincang tanpa gangguan.

“Lalu, Shahrol ajak berjumpa di pejabatnya. Bila berjumpa, kami mula bersembang dan teringat kenangan lama. Jadi, saya rasa berbaik ini merupakan jalan terbaik,” katanya kepada URTV.

Ajak yang juga penyampai radio Suria FM itu berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Jelajah Suria Kuasa 2 yang berlangsung di The Estate of Federal Hill, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, hari ini.

Ajak akui sayangkan persahabatan yang sudah lama dibina bersama Shahrol sejak awal pembabitan mereka dalam program Maharaja Lawak Mega.

“Sudah tentu saya sebak. Dia sahabat saya. Walau apapun berlaku, rasa sayang itu tetap ada.

“Bila masuk ke bilik di pejabatnya, ada ‘mock up’ cek bernilai RM100,000, RM250,000 dan RM500,000.

“Ia hadiah kemenangan kami ketika menyertai Maharaja Lawak Mega dahulu. 

“Bila kenang kembali, kami pernah lalui perjalanan indah ini bersama,” ujarnya lagi.

Menganggap persengketaan yang berlaku antara mereka itu sebagai asam garam, Ajak akui tiada apa yang memalukan sekiranya merendahkan ego.

“Bila kami bersalam dan berpelukan, tiada apa lagi yang perlu disimpan. Kami selesai secara dewasa. Kami masing-masing turunkan ego.

“Kalau menang bergaduh pun, tiada siapa yang untung. Apa yang berlaku adalah asam garam bersahabat. Saya tak rasa hilang maruah pun bila turun ego.

“Saya bersyukur sepanjang proses kami berbaik, tiada pihak yang melaga-lagakan,” jelasnya.

Ketika di minta mengulas mengenai perselisihan faham yang berlaku antara rakan pelawak lain, Ajak menitipkan nasihat agar sentiasa mendengar kata hati berbanding pihak luar.

“Mereka adalah sahabat-sahabat rapat saya.  Buat mereka yang menghadapi situasi sama seperti kami, pada saya, tiada orang lain yang boleh selesaikan melainkan diri sendiri. Kita kena turunkan ego.

“Percayalah cakap saya, masing-masing rindu dan sayang antara satu sama lain. Dengarlah kata hati dan bukan orang ketiga. Berpeluklah, insyaAllah semua selesai,” ulasnya.

Terdahulu, Jelajah Suria Kuasa 2 bakal berlangsung di empat buah negeri iaitu Pulau Pinang (7 & 8 September), Johor Bahru (21 & 22 September), Negeri Sembilan (28 & 29 September) dan Kelantan (11 & 12 Oktober).

Antara selebriti yang akan membuat persembahan adalah Aina Abdul, Masdo, Ernie Zakri, Nabila Razali dan ramai lagi.

Jelajah Suria Kuasa 2 ini turut mendapat kerjasama jenama wangian terkenal, Yaya Empire.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This