Syamsul Yusof sedia ceraikan Ira Kazar hari ini, prosiding ditangguhkan pada 25 September – “Ira tak hadir sebab baru lantik peguam”

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PEGUAM syarie yang mewakili pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais memberitahu anak guamnya itu bersedia untuk menceraikan isterinya, Ira Kazar pada hari ini.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak dapat dilakukan selepas Syamsul dan Ira tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor.

“Sepatutnya hari ini sebutan kes tuntutan cerai, perceraian dengan kebenaran mahkamah.

“Saya dimaklumkan malam tadi, Ira baru saja melantik peguam dan tidak dapat hadirkan diri untuk sebutan kes hari ini.

“Jadinya, Syamsul pun tidak hadir untuk prosiding hari ini. Syamsul dah bersedia untuk melepaskan Ira hari ini.

“Itu saja yang dimaklumkan kepada saya. Pihak kami, sebolehnya mahu kes ini dipercepatkan,” katanya kepada URTV.

Peguam kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Azmi Mohd Rais bercakap kepada pemberita di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Dalam pada itu, Azmi turut memaklumkan satu tarikh baharu yang diberikan mahkaman bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

“Tarikh sebutan seterusnya ialah pada 25 September di mana Ira hendaklah hadir bersama peguamnya. Kalau ikut prosedur, mahkamah akan tanya Ira sama ada dia bersetuju dengan tuntutan perceraian pada tarikh tersebut.

“Sekiranya dia bersetuju, saya akan bentangkan fakta dan dapat kebenaran maka Syamsul bolehlah lafazkan talak,” ujarnya.

Pada 19 Ogos, Azmi mengesahkan Syamsul telah memfailkan cerai terhadap Ira atas sebab tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya pada Januari tahun lalu.

Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun perkahwinan sembilan tahun mereka itu berakhir dengan perceraian apabila pengarah itu melafazkan talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan berkenaan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5 tahun.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan digesa tangguh TURAP, bimbang monopoli baharu pengambilan pekerja asing

TUJUH Ahli Parlimen kerajaan menggesa pelaksanaan Universal Recruitment Advanced Platform (TURAP) ditangguhkan. Penangguhan itu sehinggalah kerajaan memberi penjelasan menyeluruh kepada...

More Articles Like This