Tanah jerlus: Tidak perlu pakar dari luar negara – TPM Fadillah

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warganegara India yang terjatuh ke dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India tidak memerlukan pakar dari luar negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hal itu memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran yang cukup untuk misi SAR berkenaan.

“Saya kira pakar dalam negara kita sudah cukup, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ada kepakaran, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada kepakaran, banyak teknologi dan jurutera yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan sekitar lokasi tragedi tanah jerlus dekat Jalan Masjid India petang tadi.

Fadillah tiba kira-kira jam 4.35 petang sebelum dibawa ke khemah pasukan penyelamat bagi mendengar taklimat operasi SAR yang dijalankan.

Turut kelihatan hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Fadillah serta Zaleha dijangka turut melawat lokasi kejadian tanah mendap selain diberikan penerangan berkaitan kejadian itu.

Terdahulu, kejadian tanah mendap dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Kejadian tanah mendap itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 pagi tadi selepas hujan lebat dan ribut pada Selasa malam.

Sebelum itu, kejadian tanah jerlus pada Jumaat lepas menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di situ.

Dalam pada itu, Fadillah turut mengarahkan Indah Water Konsortium (IWK) untuk melaksanakan audit integriti selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) selesai nanti.

Menurut Fadillah, audit itu amat penting dilakukan bagi memastikan keseluruhan kawasan Jalan Masjid India yang berlaku tanah jerlus dan mendapan kedua diperiksa serta mengenal pasti punca masalah itu berlaku.

Katanya, beliau akan memanggil semua pihak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengenal pasti semua utiliti yang terdapat di bawah tanah di Jalan Masjid India.

“Langkah ini penting untuk kita membuat pasca nilai dan melihat bagaimana untuk memastikan perkara ini tidak berulang pada masa hadapan.

“Apapun, tumpuan utama ketika ini adalah SAR mangsa yang masih belum dijumpai dan sebaik selesai SAR, kita akan jalankan audit integriti,” katanya.

Ditanya mengenai tahap keselamatan kawasan berkenaan, Fadillah berkata beliau dimaklumkan Jalan Masjid India masih selamat untuk dilawati orang ramai.

Begitupun, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak memasuki kawasan yang telah dipagar pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Saya mengharapkan semua pihak jangan membuat spekulasi. Kita tahu ramai pakar Google yang keluar dan mereka ini tidak membantu apa-apa (dalam SAR).

“Jaga sensitiviti keluarga. Sekarang ini Jalan Masjid India masih selamat, cuma jangan masuk ke kawasan-kawasan larangan. Tunggu laporan audit integriti terlebih dahulu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This