‘Lebih baik orang ingat saya sebagai orang baik’ – Ismail Sabri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui tidak pernah berasa kesal dengan apa juga tindakan yang tak ambil oleh beliau untuk terus kekal memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ini kerana Ahli Parlimen Bera itu mengutamakan prinsip keharmonian dan kesetiaan kepada parti meskipun berpeluang menjadi orang nombor satu UMNO sekali gus terus menerajui negara.

“Pernah terfikir (untuk menyesal) tetapi tidak menyesal kerana saya menjalankan tugas kepada parti dengan baik, itu sahaja.

“Orang pernah beritahu saya, anda patut masih menjadi Perdana Menteri tapi anda terlalu baik, kenapa tak tangkap sahaja musuh-musuh anda macam orang lain buat.

“Saya kata macam ini, lebih baik orang ingat saya sebagai orang baik daripada ingat saya sebagai orang jahat, itu prinsip saya,” katanya dalam temu bual podcast Keluar Sekejap.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khairy Jamaluddin tentang isu penangguhan pemilihan UMNO yang sepatutnya digunakan sebagai kesempatan untuk mengambil jawatan Presiden disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baca artikel lain: Mesej minta derma untuk rakyat Palestin: PM ingatkan orang ramai waspada

Pada masa sama, bekas Naib Presiden UMNO itu turut menyatakan rasa kecewa apabila parti diwakili tidak memberikan sokongan yang sepatutnya ketika memegang jawatan Perdana Menteri.

Padahal, jelas beliau, apa sahaja arahan yang diberikan oleh kepimpinan tertinggi dituruti tanpa sebarang bantahan termasuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum dijalankan.

“Waktu saya (jadi Perdana Menteri) yang tak sokong saya adalah dari parti saya, UMNO, pemimpin UMNO yang tak sokong saya, pembangkang semua sokong saya.

“(Pembangkang) tandatangan MoU dengan saya untuk memberi sokongan kepada saya dan tak ganggu saya, pembangkang PKR semua baik dengan saya, yang tak baik yang selalu macam-macam dalaman UMNO,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This