Tanah Jerlus: DBKL pantau kawasan terlibat dengan teliti – PM Anwar

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus memantau dengan teliti kawasan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Beliau berkata selain itu kajian teknikal terhadap tanah jerlus di lokasi kejadian juga telah dibuat pihak berkaitan.

“Saya ada lalu kawasan itu, tiada masalah cuma kawasan yang dianggap perlu diperkukuhkan itu, akan dibuat segera, dan DBKL akan pantau secara teliti setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kubang Semang, di sini.

Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G.Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Operasi mencari dan menyelamat diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This