FAKTOR laluan yang sempit dan peningkatan gas yang amat berisiko dalam lurang kumbahan membuatkan usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India gagal.
Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, pasukan SAR telah berusaha memasuki saluran paip kumbahan di lokasi kejadian dan di hadapan Wisma Yakin.
Namun begitu, usaha pasukan SAR itu menemui jalan buntu.
Menurut kenyataan itu, pencarian pasukan SAR malam tadi telah diteruskan sehingga pukul 6 pagi tadi.
Katanya, tiga pam elektrik berkapasiti tinggi telah digunakan untuk menurunkan paras air sehingga 2.5 kaki dari dasar paip supaya pasukan SAR boleh meneruskan penelitian semula jajaran paip dari saluran paip kumbahan di lokasi kejadian sehingga di Wisma Yakin.
“Jentera berat juga telah digunakan bagi membantu melaksanakan kerja-kerja penebukan untuk membolehkan saluran paip penyedut tambahan yang dibawa oleh IWK digunakan untuk menurunkan paras air seminimum yang mungkin.
Baca artikel lain: Tanah jerlus: Operasi SAR diteruskan pagi ini, fokus rungkai backlog
“SAR diteruskan pada hari kelapan hari ini dengan komitmen yang padu daripada semua agensi yang terlibat,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Difahamkan operasi SAR yang memasuki hari kelapan hari ini masih memfokuskan kepada usaha untuk merungkai ‘backlog’ melibatkan timbunan sepanjang 15 meter di lurang kumbahan di Wisma Yakin, kira-kira 44 meter dari lokasi utama kejadian yang dikesan semalam.
Pada 23 Ogos, seorang wanita warga India dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.
Operasi SAR diaktifkan pada hari sama melibatkan anggota pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan yang telah menggunakan pelbagai teknik termasuk kaedah jetting, flushing dan menyedut air keluar dari lokasi kejadian, dalam usaha mengesan mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

