INDAH Water Konsortium (IWK) menjelaskan kejadian tanah jerlus di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi, Isnin lepas bukan berpunca daripada paip pembentungan syarikat itu.
Menurut IWK dalam kenyataan hari ini, pasukan operasinya telah menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembetungan lancar seperti biasa.
“Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembetungan awam berada dalam keadaan baik dan tiada tanda-tanda kerosakan dikenal pasti,” menurut kenyataan itu.
Baca artikel lain: Tanah jerlus: Laluan sempit, peningkatan gas gagalkan usaha pasukan SAR
Syarikat itu berpendapat kejadian tersebut berlaku disebabkan oleh punca lain yang memerlukan penyiasatan terperinci oleh agensi berkaitan.
Menurut IWK, hasil siasatan CCTV turut dimaklumkan kepada pihak DBKL.
DBKL dalam hantaran di laman Facebook pada Selasa memaklumkan kejadian longkang runtuh itu mengakibatkan lubang besar di Kampung Kerinchi.
–BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

