Johan ‘Jojo’ Ghazali, petinju muda muay thai menjadi bualan apabila memperagakan baju Melayu sewaktu sesi temubual ONE Championship baru-baru ini.
Jojo yang berkongsi hantaran tersebut di laman Instagram mendapat perhatian apabila menggayakan sepasang baju melayu lengkap daripada jenama tempatan terkenal, Bulan Bintang.


Pada 6 September ini, Johan akan masuk semula ke gelanggang ONE 168: Denver bertarung dengan petinju dari Mexico, Josue ‘Tuzo’ Cruz.

Untuk rekod, sejak Johan sertai ONE Championship, beliau tidak pernah tewas dalam lima pertarungan.
Sehinggalah beliau bertemu Nguyen Tran Duy Trat, seorang petinju berpengalaman dari Vietnam. Johan tewas selepas tiga pusingan dalam satu pertarungan yang berlangsung pada awal Jun lalu.
Sumber : Instagram Johan Ghazali

