Keputusan permohonan masuk universiti awam untuk lepasan STPM, setaraf diumum esok

Dari Penulis

KEPUTUSAN permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat sarjana muda sesi akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf, akan diumumkan esok.

Sijil setaraf STPM adalah Sijil Agama Tinggi Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan boleh disemak mulai jam 12 tengah hari esok hingga 5 petang pada 15 September.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Baca artikel lain: Rakyat Palestin terima rawatan berkualiti di HAT Tuanku Mizan

Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 hingga 15 September di laman sesawang UA masing-masing. Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan UA kepada pemohon berjaya mulai 7 September selepas calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh dinyatakan.

KPT memaklumkan, hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my.

Permohonan rayuan dibuka bagi tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 6 September hingga 5 petang 15 September.

Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian dan UA tidak dibenarkan, manakala dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This