Pemain industri tempatan digesa guna AI dalam sektor ketenteraan – Khaled

Dari Penulis

PEMAIN industri tempatan digesa menerajui penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor ketenteraan agar seiring dengan kepesatan kemajuan teknologi.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuat gesaan itu berkata teknologi AI semakin digunakan dalam bidang ketenteraan, dan pemain industri tempatan mempunyai kemampuan sendiri kerana AI ialah teknologi yang dibangunkan dan diperkenalkan oleh sektor komersial.

“Saya percaya pemain industri tempatan mempunyai keupayaan untuk mempelopori teknologi AI dalam sektor ketenteraan sekali gus membolehkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan teknologi mereka.

“Kita mempunyai syarikat tempatan terlibat dalam pembangunan AI yang boleh digunakan dalam sektor komersial,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tanggungjawab Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Bidang Ketenteraan (REAIM) 2024 di Seoul, Korea Selatan, hari ini.

Mohamed Khaled berkata pemain industri tempatan yang mempunyai idea untuk pembangunan AI boleh mengemukakannya kepada Kementerian Pertahanan untuk potensi kegunaan ATM sekali gus menggunakan teknologi tempatan yang dibangunkan dalam sektor ketenteraan.

REAIM 2024 ialah anjuran Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pertahanan Korea Selatan, penganjur bersama termasuk Belanda, Singapura dan United Kingdom.

Malaysia adalah antara 90 negara yang menyertai sidang kemuncak itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This