Pemuda Pas dakwa pemimpin PH-BN tiada hala tuju selesai isu rakyat

Dari Penulis

DEWAN Pemuda Pas Pusat hari ini menyifatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kelihatan tiada hala tuju jelas yang boleh diyakini khasnya dalam mengatasi isu berkait rapat secara langsung dengan kehidupan harian rakyat.

 Ketuanya,  Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata,  kepimpinan negara di bawah gabungan PH-BN serta UMNO dan DAP terbukti tidak mampu membawa negara menuju kesejahteraan dan ketenteraman.

“Segala ungkapan dan janji reformasi yang dilaungkan sejak tahun 1998 dahulu kini nyata gagal ditunaikan apabila memiliki kuasa,” katanya dalam ucaptama pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Kali Ke-65 di Kompleks Al-Makmur, di Temerloh, hari ini.

 Afnan berkata, setelah berjaya keluar dari wabak Covid-19 yang melanda dunia, negara berhadapan dengan cabaran untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi dan keadaan semakin bertambah baik ketika era Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum diteruskan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Namun akibat kerakusan dan tamak haloba pihak tertentu yang terus mendesak supaya Parlimen dibubarkan, maka ditakdirkan gabungan PH-BN pula naik mengambil alih tampuk kekuasaan selepas berakhirnya PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15).

“Tak mengapa, proses demokrasi itu kita hormati. Kini anda berkuasa, rakyat menagih segala janji dan formula yang pernah dilaungkan dahulu.  Malang sekali, segalanya hanya indah khabar pada bicara, tetapi sebenarnya buruk pada rupa. Bak kata pepatah Melayu, jauh indah khabar dari rupa,” katanya.

 Beliau turut mendakwa,  kuasa politik Melayu dan agama Islam boleh dikatakan semakin terhakis dan membimbangkan ketika zaman pemerintahan kerajaan hari ini.

Beliau berkata, sudah terlalu banyak isu yang ditimbulkan dan melibatkan kuasa politik Melayu dan agama Islam itu sendiri.

“Lihat sahaja bagaimana begitu megahnya sesetengah pihak meraikan kejayaan mereka mencabar pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan ke mahkamah sehingga akhirnya diisytiharkan terbatal dan tidak sah. Lihat juga bagaimana keputusan kerajaan negeri Kedah untuk menutup premis judi, sebagai usaha untuk melaksanakan perintah Allah SWT tetapi juga dibatalkan oleh mahkamah,” katanya

 Afnan berkata, sudah terlalu ramai rakyat yang mula mempersoalkan ketidakpuasan hati mengenai pentadbiran kerajaan terkini yang mana perkara tersebut juga disuarakan dalam media sosial. Walaupun begitu, terdapat kandungan Tiktok dan Facebook mengenai isu tersebut yang diturunkan atau tiba-tiba hilang tanpa tahu hujung pangkal. 

Mengenai sokongan rakyat, Afnan berkata, tanggapan bahawa semua pengundi bukan Melayu sebagai pengundi PH atau penyokong DAP bukanlah satu tanggapan yang betul.

 Kata beliau, ramai pengundi bukan Melayu yang sebenarnya tidak bersama DAP atau PH, bahkan terdapat sebilangan mereka yang berani berterus terang meluahkan ketidakpuasan hati mereka kepada DAP melalui video di laman TikTok.

“Kita kena hapuskan stigma yang mengatakan kalau pengundi bukan Melayu, tentu akan sokong DAP, akan sokong PH. Tak betul, bukan begitu cara kita berfikir,’’ katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This