SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching pada 11.20 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Pemangku Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Jalan Stakan ke Jalan Satok.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok di kiri jalan.
“Mangsa telah terpelanting ke kiri jalan dan motosikal yang ditunggang telah terbakar sepenuhnya.
“Mangsa seorang lelaki Cina berusia 25 tahun telah mengalami cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia di wad kecemasan pada pukul 12.27 tengah malam oleh doktor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shazwina Alfera di talian 016-7433078.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

