Sambutan Hari Malaysia: Upacara tandatangani Buku Khas simbolik gambarkan komitmen, perpaduan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

UPACARA Menandatangani Buku Khas pada Sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Isnin ini menggambarkan komitmen dan perpaduan untuk membangunkan Malaysia MADANI dan memperkukuh nilai-nilai kenegaraan.

Upacara tersebut akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg

Ia juga akan disaksikan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew yang juga merupakan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024.

Sebelum itu, pengunjung boleh mula hadir seawal pukul 5 petang hingga 7.30 malam bagi acara pra persembahan diselang-selikan dengan ketibaan jemputan serta menampilkan persembahan artis dan penampilan khas maskot superhero di kawasan tapak acara.

Majlis Sambutan Hari Malaysia 2024 bakal menyaksikan upacara Pecah Bendera Tuan Terutama oleh pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tetamu kenamaan dan pengunjung selepas itu akan disajikan dengan tarian sambut tamu Heart of Sabah sebagai menyatakan selamat datang yang memaparkan tentang kepelbagai kaum di Sabah.

Baca artikel lain: Pengisian menarik semarak jiwa patriotik sambutan Hari Malaysia

Selain itu, dibawakan juga persembahan khas bertajuk ‘Rumah MADANI Jiwa Merdeka’ yang memberi tumpuan kepada nilai-nilai patriotisme, kemerdekaan dan perpaduan antara pelbagai etnik serta budaya di Malaysia.

Antara kumpulan kesenian terbabit ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Borneo Art, Satelit, Art UMS, Sekolah Kebangsaan Sembulan dan Ngalay serta artis jemputan khas iaitu Akim, Stacy, Amir Jahari, Gary Chaw dan Faizal Tahir.

Pasca persembahan pula diteruskan selepas persembahan bunga api dan keberangkatan pulang tetamu kehormat.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti pameran, bazar jualan, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mencari harta karun di arkib negeri dan balai seni lukis.

Aktiviti lain yang menarik perhatian termasuk Night at The Archives, pertandingan e-sukan, kuiz kenegaraan dan pertandingan melukis berkonsepkan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.

Wow factor yang akan diketengahkan membabitkan persembahan kebudayaan yang unik, pertunjukan hologram, persembahan dron, pertunjukan cahaya dan bunyi, serta elemen-elemen kreatif yang mencerminkan tema ‘Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga runcit RON97, RON95, diesel tanpa subsidi turun 10 sen

HARGA runcit RON97 tanpa subsidi termasuk RON95 dan diesel turun 10 sen seliter, masing-masing kepada RM4, RM3.37 dan RM3.97...

More Articles Like This