5,000 beg guna semula diagih sempena sambutan Hari Malaysia 2024

Dari Penulis

SEBANYAK 5,000 beg guna semula akan diagihkan kepada orang ramai sempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada 16 September ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata langkah itu sebahagian daripada inisiatif kementerian itu menyokong usaha kerajaan dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

“Usaha ini untuk menggalakkan orang ramai mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna dan membudayakan penggunaan beg guna semula semasa membeli-belah,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Pengisian menarik semarak jiwa patriotik sambutan Hari Malaysia

Beliau berkata ia juga antara inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesan pencemaran akibat penggunaan dan pelupusan plastik sekali gus memulihara alam sekitar selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah.

“Salah satu aspek yang ditekankan dalam pelan tindakan tersebut adalah berkaitan pengurusan pencemaran daripada sisa termasuk sisa pepejal,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This