Polis merampas 30 ekor anak buaya julung-julung dan 14 ekor kura-kura jenis indian eyed turle daripada seorang penyeludup hidupan liar. GAMBAR: PDRM

SERAMAI 384 individu ditahan atas kesalahan menyeludup hidupan liar dan barangan tidak berkastam bernilai RM420,059,342.50 sejak 1 Januari lalu hingga semalam.

Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya menerusi Perisikan Siasatan Khas telah melancarkan sebanyak 135 serbuan di seluruh negara bagi mengekang sebarang aktiviti penyeludupan masuk dan keluar yang menyalahi undang-undang.

Terbaharu semalam pihaknya telah melancarkan Operasi Bersepadu Khazanah di Kuala Lumpur dan telah menahan seorang lelaki warga asing yang merupakan sindiket penyeludupan hidupan liar.

“Berdasarkan maklumat risikan, suspek telah membawa hidupan liar yang terkawal dari sebuah negara di Asia Selatan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Lelaki terbabit telah ditahan bersama rampasan 30 ekor anak buaya julung-julung dan 14 ekor kura-kura jenis indian eyed turle.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM1,818,900 dan kes disiasat di bawah Seksyen 68(1)/ 69(1) Akta Pemulihaaraan Hidupan Liar 2010,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes terbabit jarang berlaku dan spesies hidupan liar tersebut didapati mempunyai nilai yang sangat tinggi di pasaran gelap.

“Harga jualan bagi seekor anak buaya julung-julung adalah RM60,000 manakala kura-kura jenis indian eyed turtle pula bernilai RM1,350 seekor,” katanya.

Mohd Yusoff berkata, tangkapan dipercayai melibatkan sindiket penyeludupaan hidupan liar yang aktif di peringkat antarabangsa dan hidupan liar ini dipercayai dibawa masuk ke dalam negara untuk tujuan transit sebelum dipindahkan ke negara lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram