‘Baru terima draf dah riuh di luar’, Saifuddin Nasution bidas pembangkang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“BARU terima draf dah riuh di luar.”

Demikian kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas tindakan pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang memilih untuk ‘riuh di luar’ dengan membuat kenyataan kepada media berhubung memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan pembangkang.

Dalam hantaran di Facebook, Saifuddin Nasution turut bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof supaya tidak perlu berunding sekiranya memilih bercakap dengan media.

Beliau turut membandingkan perbezaan ketika MoU Transformasi dan Kestabilan Politik semasa di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan sebelum ini.

“Pertamanya pihak kerajaan kemuka draf. PH bincang dalam Majlis Presiden PH. Kemudian PH beri maklumbalas. Pihak kerajaan meneliti maklum balas PH dan kami duduk berunding mencapai titik temu.

“Proses ini ada tertibnya. Perundingan berlangsung beberapa pusingan. Sehinggalah kedua-dua pihak bersetuju dengan isi MOU.

“Kami meterai persetujuan itu dalam satu majlis di parlimen dihadiri PM Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim.

“MoU kali ini? Baru terima draf dah riuh kat luar… Betullah kata TPM Fadilah kalau pilih nak bercakap dengan media tak perlu lah nak berunding!,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: MoU ditawar kerajaan satu cubaan ‘memandulkan’ peranan pembangkang – Hassan Abdul Karim

Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengimbau semula proses memuktamadkan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik itu di mana beliau turut terlibat mewakili PH.

Selain itu katanya, PH turut diwakili Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo dan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang ketika itu sebagai Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Saifuddin berkata, wakil pihak kerajaan pula ialah Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang); Datuk Seri Hamzah Zainudin (bekas Menteri Dalam Negeri) dan Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (bekas Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Semalam, PN menyifatkan draf MoU berkaitan peruntukan pembangkang dibuat oleh satu pihak iaitu kerajaan semata-mata tanpa ada sebarang perbincangan.

Takiyuddin dilaporkan berkata, draf MoU terbabit sepatutnya dibuat berdasarkan perbincangan di antara PN dan kerajaan, bukannya satu pihak semata-mata.

Sebelum ini, media melaporkan PN mengesahkan ketetapan sebulat suara menolak dua draf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada Ahli Parlimen PN.

Hamzah dilaporkan berkata, keputusan menolak dua draf cadangan MoU yang membabitkan antara Kerajaan Malaysia dengan parti PN dan antara Kerajaan Malaysia dengan semua Ahli Parlimen PN itu dibuat atas empat sebab fundamental.

Sehari selepas penolakan PN itu, Datuk Seri Fadillah Yusof mendedahkan kandungan penuh draf MoU mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang ditolak Hamzah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This