SEBANYAK 16 buah sekolah dan 500 pelajar dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh telah menerima sumbangan bantuan pendidikan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR), hari ini.
Peruntukan bantuan pendidikan kepada sekolah dan pelajar itu bagi membantu meningkatkan mutu pendidikan sepanjang sesi persekolahan.
YBR dalam kenyataan memaklumkan, lima buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sekitar Sungai Buloh telah menerima tajaan program Tuisyen Rakyat berjumlah RM50,000.
Katanya, 11 lagi sekolah kebangsaan (SK) pula memperoleh bantuan sekolah bernilai RM55,000.
Pada masa sama, YBR memberitahu, 500 pelajar mendapat sumbangan bantuan persekolahan berjumlah RM50,000 menerusi program Penyerahan Insentif Pendidikan YBR dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
“Bantuan ini bertujuan membantu pihak sekolah memantapkan lagi tahap pencapaian pelajar melalui pelaksanaan program pendidikan serta bantuan tunai kepada pelajar daripada kalangan asnaf dan keluarga B40 dalam meningkatkan tahap akademik murid-murid untuk sesi persekolahan bagi tahun 2024.
“Penyerahan insentif pendidikan ini telah disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Young Syefura Othman; Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin.
Baca artikel lain: Program Penghayatan Kemerdekaan YBR semarak semangat patriotisme
Sementara itu, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berharap sumbangan itu dapat membantu pihak sekolah meningkatkan pencapaian akademik murid melalui program-program pendidikan yang mampu meningkatkan prestasi gred purata sekolah (GPS) serta pencapaian pelajar.
“Saya amat berterima kasih kerana YBR berterusan membantu pelajar-pelajar dan sekolah-sekolah di Sungai Buloh.
“Ia secara tidak langsung dapat meringankan sedikit bebanan kewangan yang dialami terutama ketua keluarga dalam menyediakan kelengkapan pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Young Syefura berkata, sumbangan itu dapat membantu ibu bapa dan pihak sekolah menyemai semangat kepada anak-anak sepanjang sesi persekolahan.
Jelas beliau, ia juga memudahkan pihak sekolah mengendalikan program-program yang dapat memberi input tambahan terhadap prestasi pembelajaran pelajar.
“Bantuan Tuisyen Rakyat yang disalurkan kepada pihak sekolah ini dapat membantu sekolah mengadakan kelas tambahan secara percuma khususnya kepada seluruh pelajar Tingkatan 5 sebagai pecutan akhir sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Usaha ini merupakan inisiatif dalam membantu masyarakat terutama dalam bidang pendidikan dan sebagai salah satu strategi YBR dalam membantu komuniti setempat,” katanya.
Sehingga bulan ini, seramai 24,306 murid dan 226 buah sekolah telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.94 juta melibatkan 65 lokasi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

