Kereta dihempap tiang elektrik akibat tanah runtuh di Brinchang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBUAH kenderaan diparkir di tepi jalan dihempap tiang elektrik yang tumbang akibat kejadian tanah runtuh di Kilometer (KM) 67, Jalan Brinchang berhampiran Agro Market, Cameron Highlands, pagi tadi.

Kejadian berkenaan menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui semua kenderaan kira-kira dua jam sebelum satu laluan dibuka kira-kira pukul 1 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli memaklumkan, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands telah menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Menurut beliau, kejadian berkenaan telah menyebabkan laluan itu telah terhalang oleh tanah runtuh, pokok-pokok dan tiang elektrik yang tumbang.

“Dalam kejadian yang berlaku telah menyebabkan sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran telah terhempap dengan tiang elektrik yang tumbang.

Baca artikel lain: Tebing sungai runtuh: Status pembinaan ditentukan lepas terima laporan siasatan

“Walau bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku. Kerja-kerja pembersihan laluan sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azri turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut.

“Sekiranya mempunyai sebarang maklumat, boleh menghubungi Bilik Gerakan di talian 05-491 5999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Ho Chi Yang berkata, kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Besar Brinchang-Kea Farm kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut berterima kasih kepada Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan pihak berkuasa lain atas tindakan pantas mereka bagi memastikan keselamatan penduduk dan pelancong.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This